Layankan ialah ejen AI yang menjawab pertanyaan pelanggan tuan/puan serta-merta, 24/7, dalam BM & English — menapis pertanyaan kosong, menilai setiap prospek PANAS / SUAM / SEJUK, dan hanya menyerahkan pembeli serius kepada tuan/puan.
Demo ini ialah Layankan sendiri — tanya apa sahaja tentang kami.
Tengah layan pelanggan di kedai, memandu, atau sudah tidur — pertanyaan masuk tanpa henti.
Pelanggan hantar mesej kepada 3–4 kedai serentak. Yang balas dahulu biasanya yang dapat jualan.
Separuh hari habis menjawab soalan yang sama kepada orang yang sekadar tinjau.
Semua mesej nampak sama. Pembeli sebenar tenggelam di bawah 50 chat lain.
Setiap mesej dari iklan Facebook / Instagram / TikTok sudah dibayar. Bila tiada siapa balas cepat, wang itu hangus — bukan kerana iklan tak menjadi, tetapi kerana pelanggan tak dilayan.
Contoh kiraan
Angka contoh sahaja — gantikan dengan bajet dan bilangan mesej tuan/puan sendiri.
Layankan tidak gantikan staf tuan/puan. Ia jawab dahulu, tapis, dan serahkan pembeli serius — staf fokus menutup jualan.
Ramai sudah cuba bot “taip 1 untuk harga”. Pelanggan tak suka, dan mereka tinggalkan chat.
Pilih industri — soalan lazim sudah disediakan. Isi harga & jawapan, atau muat naik PDF / tampal laman web tuan/puan.
Berbual dengan ejen sendiri sebelum pelanggan nampak.
Dapat pautan chat, kod QR dan widget laman web. Sambung Facebook, Instagram dan WhatsApp (API rasmi Meta).
AI layan 24/7, tapis 'Berapa harga?', nilai prospek dan serahkan yang PANAS kepada tuan/puan.
Termasuk pukul 2 pagi, cuti umum dan waktu tuan/puan sibuk.
Setiap prospek dinilai dengan sebab, supaya tuan/puan tahu siapa perlu dihubungi dahulu.
“Aisyah dari pasukan kami akan sambung” — staf terima notifikasi di telefon dan sambung dengan lancar.
Prospek SUAM diingatkan semula dengan sopan, supaya tiada yang tercicir.
Setiap prospek ditanda dari iklan / kempen mana ia datang, termasuk iklan Click-to-WhatsApp.
Bukan aplikasi tidak rasmi atau scan kod QR. Data pelanggan diasingkan dan dilindungi (PDPA).
Sedia beli. Tuan/puan dimaklumkan serta-merta, AI berhenti, tuan/puan ambil alih.
Berminat tapi belum pasti. Disenaraikan dalam ringkasan harian untuk susulan.
Sekadar tinjau. AI layan dengan sopan — masa tuan/puan tidak terbuang.
Pilih industri semasa daftar — soalan lazim pelanggan dan soalan penapis sudah disediakan. Tuan/puan hanya isi jawapan.
Bayar ikut bilangan prospek, bukan ikut mesej atau token. Satu prospek = seorang pelanggan yang dilayan AI dalam bulan itu, walau berapa banyak mesej.
100 prospek sebulan
≈ 3 prospek baharu sehari
400 prospek sebulan
≈ 13 prospek baharu sehari
1,200 prospek sebulan
≈ 40 prospek baharu sehari
💡 Masuk akal? Jika satu jualan atau tempahan bernilai lebih daripada harga pakej sebulan, Layankan sudah membayar dirinya sendiri.
14 hari percuma. Bayar melalui FPX / kad, tiada kontrak — batal bila-bila masa. Caj template WhatsApp oleh Meta dibayar terus kepada Meta.
RM500 setup + RM300/bulan
Kami setupkan Business Brain tuan/puan, uji bersama, dan Go Live dalam 3–5 hari bekerja.
Tanya ejen kami tentang slotEjen memperkenalkan diri sebagai pembantu digital perniagaan tuan/puan, dan sentiasa jujur jika ditanya. Bila staf menyambung, mesej pertama mereka memperkenalkan diri secara automatik.
Tidak. AI hanya menjawab berdasarkan Business Brain tuan/puan. Jika maklumat tiada, ia beritahu pelanggan akan semak dengan pasukan dan serahkan chat kepada tuan/puan.
Chat yang sedang berjalan terus dilayan AI. Prospek baharu diserahkan kepada tuan/puan — tiada mesej hilang. Naik taraf bila-bila masa.
Pautan chat & kod QR, widget laman web, Facebook Messenger, Instagram DM dan WhatsApp melalui API rasmi Meta.
Data setiap perniagaan diasingkan dan dilindungi mengikut PDPA. Tuan/puan boleh padam data pelanggan atau keseluruhan ruang kerja bila-bila masa.